
Bersedialah untuk menyaksikan sebuah drama komedi yang bakal mencuit hati dan menyentuh perasaan anda! Astro Ceria mempersembahkan Jutawan Ekspres, sebuah siri yang akan mengisi malam Isnin anda dengan gelak tawa dan pengajaran bermakna.
Mulai 21 Julai 2025, hidup anda bakal diwarnai dengan gelak tawa dan kisah kehidupan tiada tandingan, apabila Jutawan Ekspres mula ditayangkan pada setiap malam Isnin, jam 9:00 malam, di Astro Ceria (Saluran 611), serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka. Diproduksi oleh KL Motion Picture dan diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, siri ini membawa sebanyak 8 episod penuh warna-warni kehidupan sebuah keluarga yang tiba‑tiba bergelar jutawan.
Menampilkan Elly Mazlein sebagai Yusni dan Rashidi Ishak sebagai suaminya, Yunoh, siri ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Bell Ngasri (Amir), Azhar Sulaiman (Datuk Kadir) dan Sazzy Falak (Datin Maimon). Juga Qistina Khaled sebagai Natasha, Kim Azzim sebagai Yazid, Puteri Rafasya sebagai Yanti, Sufi Imani sebagai Yuyu, Samsuri Sam sebagai Atuk, serta pasangan tetangga eksentrik Jordan Wang dan Mandy Chong sebagai Mr. dan Mrs. Kang.
Kisah bermula dengan pasangan Yunoh dan Yusni yang hidup dalam kesempitan bersama anak-anak mereka. Namun, kehidupan mereka berubah secara drastik apabila mereka secara tidak sengaja menemui muntah ikan paus yang bernilai tinggi, menjadikan mereka jutawan sekelip mata.
Berpindah ke kawasan elit Kayangan Hills, mereka menghadapi pelbagai cabaran termasuk jiran-jiran yang skeptikal, saudara-mara yang tiba-tiba muncul dan gaya hidup mewah yang asing. Di sebalik kemewahan, mereka mula menyedari bahawa kekayaan bukanlah segalanya dan nilai kekeluargaan serta pelaburan bijak lebih penting untuk kebahagiaan sejati.
Saksikan Jutawan Ekspres mulai 21 Julai 2025, setiap Isnin jam 9:00 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Anda juga boleh menstrim episod-episodnya melalui Astro GO dan sooka.
Untuk maklumat lanjut dan kandungan eksklusif, ikuti Astro Ceria di media sosial:
Instagram: @astroceria
Facebook: Astro Ceria
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bagaimana kekayaan mendadak menguji nilai dan kasih sayang dalam keluarga. Saksikan Jutawan Ekspres dan anda akan temui jawapan mengapa wang bukanlah segalanya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.