Penyanyi dan pelakon, Ok Taecyeon diduga sudah bertunang setelah beberapa gambar muncul di media sosial, menunjukkan dia melamar teman wanitanya.
Walaupun siaran itu kemudiannya dipadam, namun gambar itu tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi tular.
Foto: Instagram @thebestphotoparis
Ia bermula apabila sebuah akaun fotografi di Instagram iaitu, @thebestphotoparis telah memuat naik foto Taecyeon sedang berlutut berlatar belakangkan Menara Eiffel di Paris dan melamar teman wanitanya.
Susulan daripada itu, rata-rata netizen terkejut dan keliru tentang kesahihan gambar tersebut, akan tetapi mereka tetap mengucapkan tahniah kepada ahli 2PM itu menerusi media sosial.
Sebelum ini, Taecyeon mengesahkan sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita bukan selebriti pada Jun 2020.
Lalu, pada Disember 2024, sebuah artikel melaporkan bintang Vincenzo itu dilihat keluar makan bersama bersama pasangannya di Seoul. Susulan itu, ramai peminat mengenali mereka dan foto mereka sedang berjalan-jalan menjadi tular.
Foto: Instagram @thebestphotoparis
Untuk rekod, Taecyeon terus aktif di dunia hiburan Korea Selatan dimana pada tahun 2023, dia kembali ke dunia musik bersama dengan kumpulan 2PM.
Kumpulan tersebut telah merilis album studio ke-7, ‘MUST’, pada 29 Jun 2023. Album tersebut meraih kejayaan yang besar dan berjaya menduduki kedudukan tertinggi di tangga lagu Korea Selatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.