Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Syria Laksana Peraturan Baharu Untuk Wanita Pakai Baju Renang Muslimah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Jun 2025, 03:14 PM

syria laksana peraturan baharu untuk wanita pakai baju renang muslimahFoto sekadar hiasan

Kerajaan Syria kini telah memperkenalkan kod etika berpakaian baharu yang mengharuskan setiap wanita memakai baju renang jenis muslimah di semua pantai dan kolam renang awam.

Keputusan ini diumumkan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan nilai konservatif dan berpakaian sopan di kawasan rekreasi awam.

Perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Mazen al-Salhani di laman Facebook. 

Kod berpakaian baru ini hanya meliputi baju renang muslimah yang menutup badan sepenuhnya, termasuk menutupi lengan hingga ke pergelangan tangan dan menutupi bahagian kaki.

Ia bertujuan agar wanita dapat melakukan aktiviti renang tanpa menciptakan situasi yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada masyarakat sekeliling atau melanggar norma pakaian konservatif yang digalakkan kerajaan.

Sebelum ini, tiada panduan khusus terhadap jenis pakaian renang wanita di pantai dan kolam awam. Namun kini dengan pelaksanaan kod etika tersebut setiap pengunjung diwajibkan mematuhi peraturan ini.

Penguatkuasaan akan dibuat melalui pemantauan di lokasi dan mungkin disusuli dengan hukuman atau caj denda kepada mereka yang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan Syria untuk mengimbangkan antara menawarkan kemudahan riadah seperti rekreasi air kepada rakyat dengan tanggungjawab menjaga nilai budaya dan agama.

Ia juga merupakan salah satu contoh di mana dasar sosial dan norma agama diintegrasikan ke dalam pengurusan aktiviti awam.

Walaupun yang utama adalah penegakan moral dan menjaga sensiviti masyarakat, kerajaan juga perlu memastikan peraturan itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan konsisten tanpa mendiskriminasi.

Perbincangan lanjut dijangka berlangsung melibatkan pihak berkepentingan seperti pengendali kolam renang, agensi kebudayaan serta pemimpin masyarakat demi mencapai pelaksanaan yang efektif dan harmoni.

Sumber: Agensi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us