Pengarah Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Bagaimanapun, Puteri Sarah mengatakan beliau tidak tahu apa-apa mengenai tuntutan nusyuz yang dibuat oleh suami beliau.
“Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja cari duit sendiri,” katanya Puteri Sarah.
Kata pelakon jelita itu, beliau tidak akan memberi sebarang komen sehinggalah perbicaraan mahkamah selesai petang nanti.

Namun kata Syamsul antara sebab beliau memfailkan nusyuz adalah kerana Puteri Sarah dikatakan masih berhubung dengan bekas kekasih sejak awal perkahwinan lagi. Bekas kekasih itu dikatakan sudah berkahwin dan merupakan bekas kekasih Puteri Sarah ketika zaman belajar di kolej.
Sebelum ini Syamsul Yusof enggan menceraikan isteri pertamanya Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes mereka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.