Suami kepada Youtuber masakan terkenal telah ditahan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Ia selepas dakwaan mencederakan isterinya, mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Suspek disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Selasa kira-kira jam 5.54 petang.
Ketika kejadian, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga. Perselisihan faham pasangan berkenaan juga dikaitkan dengan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga, seperti disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.
Sumber: Bernama / Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.