Tiga ahli kumpulan Stray Kids iaitu Lee Know, Hyunjin dan Seungmin terpaksa menghentikan semua jadual selepas terlibat dalam sebuah kemalangan kenderaan.
Agensi yang dinaungi kumpulan ini, JYP Entertainment mengumumkan bahawa kenderaan yang membawa tiga ahli Stray Kids telah terlibat dalam pelanggaran kecil. Agensi itu juga mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa tiada anggota atau kakitangan dalam kenderaan itu cedera parah.

Mereka hanya mengalami sakit otot ringan dan lebam dan penasihat perubatan telah menasihatkan supaya mereka menerima rawatan konservatif buat masa ini.
Semoga cepat sembuh dan kembali beraksi di pentas.
Sumber Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.