
Semua sedia maklum sebelum ini Sofi Jikan pernah dikaitkan dengan kontroversi kes dadah yang melanda Farid Kamil.
Sofi Jikan mengakui kini dia telah hilang segala-galanya. Tiada tawaran berlakon dan kawan-kawan juga menjauhkan diri daripadanya.
"Jujur saya bercerita, selepas apa yang berlaku saya hilang segala-galanya termasuklah tawaran berlakon dan kawan-kawan.
"Selepas kes berkenaan saya tidak mendapat tawaran berlakon. Kalau ada pun, tawaran tersebut dibatalkan tanpa penjelasan.
"Ada juga beberapa projek yang telah dipersetujui sebelum ini meminta saya menulis surat atas alasan menarik diri," kata Sofi.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.