Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Sindiket Jual Beli Bayi Rentas Negara Tumpas di Indonesia, Bayi Ditempah Sejak Dalam Kandungan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Jul 2025, 12:09 PM

sindiket jual beli bayi rentas negara tumpas di indonesia, bayi ditempah sejak dalam kandungan

Foto sekadar hiasan

Pihak polis Indonesia berjaya membongkar satu sindiket pemerdagangan bayi antarabangsa yang dipercayai telah menjual sekurang-kurangnya 25 bayi ke Singapura sejak tahun lalu.

Dalam operasi besar-besaran yang dijalankan minggu ini di dua kawasan iaitu Pontianak dan Tangerang, pihak berkuasa menahan seramai 13 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut. Serbuan itu turut menyelamatkan enam bayi berusia sekitar satu tahun yang hampir menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Umum Polis Jawa Barat, Surawan, bayi-bayi terbabit akan dihantar terlebih dahulu ke Pontianak untuk tujuan penyediaan dokumen imigresen sebelum dibawa keluar ke Singapura.

“Kami temui beberapa kes di mana bayi sudah ‘ditempah’ semasa masih dalam kandungan. Selepas kelahiran, kos bersalin ditanggung oleh sindiket dan ibu diberikan pampasan sebelum bayi dibawa pergi,” katanya kepada BBC News Indonesia.

Tambahnya, modus operandi sindiket bermula dengan mengenal pasti wanita hamil yang tidak mahu membesarkan anak, biasanya melalui platform seperti Facebook. Komunikasi kemudian diteruskan secara peribadi melalui aplikasi WhatsApp.

Sindiket itu dipercayai terdiri daripada beberapa lapisan peranan, termasuk perekrut ibu, penjaga bayi serta individu yang menguruskan dokumen palsu seperti kad keluarga dan pasport.

Menurut siasatan awal, bayi akan dijaga selama dua hingga tiga bulan selepas kelahiran sebelum dibawa ke Jakarta dan kemudian ke Pontianak untuk urusan dokumentasi akhir.

Polis mendedahkan bahawa bayi dijual pada harga antara 11 juta rupiah (RM3,100) hingga 16 juta rupiah (RM4,500) setiap seorang. Mereka yang ditahan turut memaklumkan bahawa sebanyak 12 bayi lelaki dan 13 bayi perempuan telah dijual, kebanyakannya berasal dari pelbagai daerah di wilayah Jawa Barat.

Fokus siasatan kini tertumpu kepada individu yang menerima bayi-bayi tersebut di Singapura.

“Kami sedang menyemak data perjalanan termasuk siapa yang membawa bayi, tarikh penerbangan dan siapa yang menerima mereka di sana,” jelas Surawan.

Pihak berkuasa percaya bahawa sebahagian besar bayi telah diberikan kewarganegaraan baharu. Usaha kini sedang dijalankan bagi mengesan pasport dan dokumen pengenalan diri mereka.

Surawan turut menegaskan bahawa setakat ini tiada bukti menunjukkan wujud unsur penculikan. Sebaliknya, penyerahan bayi dilakukan atas persetujuan bersama antara ibu kandung dan anggota sindiket. Namun, terdapat beberapa kes di mana ibu bapa membuat laporan kehilangan kerana tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Beliau menjelaskan bahawa meskipun melibatkan persetujuan, ibu bapa tetap boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah kesalahan pemerdagangan manusia dan pelanggaran perlindungan kanak-kanak.

“Persetujuan ibu bapa tidak menghalang tindakan undang-undang jika terbukti mereka terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia,” katanya.

Polis Indonesia kini bekerjasama rapat dengan pihak Interpol dan pihak berkuasa Singapura bagi menjejak ahli sindiket dan pembeli bayi yang berada di luar negara. Permohonan Red Notice juga sedang dipertimbangkan untuk mempercepat proses pengesanan antarabangsa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Ai Rahmayanti mendedahkan bahawa sindiket seperti ini sering mengeksploitasi wanita dalam situasi terdesak termasuk mangsa rogol, kehamilan luar nikah dan kes ditinggalkan pasangan.

Jelasnya lagi, banyak sindiket menyamar sebagai klinik bersalin atau rumah perlindungan bagi memancing kepercayaan wanita dengan janji kononnya mereka hanya ingin membantu.

“Mereka gunakan bahasa yang kelihatan prihatin seperti ‘anda boleh bersalin dan bawa pulang bayi’, tetapi sebenarnya mereka menawarkan wang dan mengambil bayi secara haram,” ujarnya.

Menurut rekod KPAI, kes pemerdagangan bayi menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 2020, hanya 11 kes dilaporkan, namun jumlah itu melonjak kepada 59 kes pada 2023  termasuk yang disembunyikan di bawah istilah ‘pengambilan anak angkat tidak sah’.

Bagi tahun ini, antara kes yang dikesan termasuk cubaan menjual bayi di Depok dan Bali. Harga bayi pula berbeza mengikut kawasan dan penampilan fizikal, dengan harga mencecah sehingga 26 juta rupiah (RM7,300) di Bali.

Sumber: BBC News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us