
Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kecoh di media sosial akan cerita seorang pelakon dari Malaysia berlakon dalam siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham.
Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34 yang merupakan kelahiran Lembah Klang ini memegang watak Lelia iaitu seorang pemimpin kontinjen wanita League Of Shadows yang sangat setia kepada ajarannya.
Buat masa ini Shiva yang berpangkalan di New York pernah berlakon dengan beberapa produksi teater di Malaysia seperti ‘After Juliet’ dan ‘Girls Malaysia’.
Kami turut merasa bangga dengan kemunculan pelakon ini. Terima kasih kerana membuatkan nama Malaysia terus mekar di negara Uncle Sam!
Sumber: astro awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.