Shila Amzah telah selamat mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Haris Elias, 28 tahun, malam tadi.


Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Shila Amzah itu dihadiri oleh kedua-dua keluarga dengan hantaran 5 berbalas 5.


Ditanya siapakah gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Shila Amzah itu, Haris Idraki Elias berkerja dalam sektor perakauan di kota London, dan menetap disana.
Perkenalan mereka sudah hampir 7 tahun, dan pada bulan Februari lalu, keluarga Haris merisik Shila.



Majlis perkahwinan mereka mungkin akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Shila Amzah dan Haris Elias.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.