Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Kerana Enggan Buka Tudung - “Saya Terus Tolak, Tak Perlu Fikir Pun”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
09 Jul 2025, 01:55 PM

shila amzah tolak tawaran rm6 juta kerana enggan buka tudung - “saya terus tolak, tak perlu fikir pun”Foto: Instagram

Penyanyi terkenal tanah air, Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, mendedahkan bahawa beliau pernah menolak tawaran lumayan bernilai RM6 juta daripada sebuah jenama terkenal di China semata-mata kerana diminta untuk membuka tudung.

Dalam satu sesi temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan yang disiarkan semalam, Shila menceritakan pengalaman tersebut yang berlaku beberapa tahun lalu ketika namanya sedang melonjak naik di China. Beliau menyatakan bahawa syarikat jenama syampu tersebut menawarkan bayaran sebanyak 10 juta yuan, bersamaan kira-kira RM6 juta, sebagai ganjaran untuk menjadi duta produk mereka. Namun, terdapat satu syarat yang tidak dapat beliau kompromi iaitu membuka tudung.

“Mereka nak beri saya 10 juta yuan (RM6 juta) dengan syarat saya perlu buka tudung. Ketika itu saya sudah berhijab. Saya terus tolak, tak perlu fikir pun,” ujar beliau tegas.

Penyanyi berusia 35 tahun itu menegaskan bahawa keputusannya untuk berhijab adalah muktamad dan tidak boleh digadaikan demi ganjaran material. Baginya, prinsip dan pegangan agama adalah sesuatu yang tidak boleh ditawar-menawar, walaupun ditawarkan pulangan yang besar.

Shila yang mula mencipta nama dalam industri muzik China selepas menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave pada tahun 2012, turut berkongsi bahawa pasaran hiburan di China menawarkan pulangan yang amat tinggi kepada para artis.

“Memang di China, pelakon dan penyanyi akan lebih kaya. Satu episod lakonan sahaja dibayar jutaan yuan,” katanya sambil menjelaskan bahawa selebriti di negara itu lazimnya menerima bayaran sangat lumayan untuk setiap projek yang disertai.

Kejayaan beliau terus melonjak selepas menyertai pertandingan I Am A Singer musim kedua pada tahun 2014, yang membawa kepada keputusan untuk berhijrah dan mengembangkan kerjaya di Hong Kong. Sepanjang berada di sana, beliau menjadi antara artis Malaysia yang paling menyerlah di pentas antarabangsa.

Malah, Shila juga pernah tersenarai sebagai penyanyi tempatan dengan pendapatan tertinggi, dengan anggaran nilai kekayaan bersih mencecah USD 50 juta (sekitar RM200 juta). Beliau turut mengesahkan bahawa kebanyakan bayaran yang diterimanya bagi persembahan dan pertandingan antarabangsa adalah dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Pada tahun lalu, Shila kembali muncul dalam industri hiburan China menerusi rancangan Singing with Legends, sekali gus menandakan kesinambungan pengaruh beliau dalam pasaran muzik antarabangsa.

Keputusan Shila Amzah untuk tetap berpegang kepada prinsip agama dalam menghadapi ujian populariti dan kekayaan menjadi satu contoh teladan yang wajar dicontohi, khususnya oleh golongan artis yang ingin berjaya tanpa menggadaikan maruah dan nilai diri.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us