Pada 16 Jun 2022 lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dituduh mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada jam 8.30 malam.
Namun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan itu.

Sharnaaz pernah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menumbuk pengawal keselamatan tersebut dan juga penghuni di kondominium tersebut pada 2 Mei yang lalu.
Dia yang bapa kepada seorang anak lelaki ini, dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.