Hubungan antara penyanyi, Ismail Izzani bersama bekas kekasihnya, Sharifah Rose, telah berakhir sebelum ini. Ada yang mendakwa Ismail telah berlaku curang terhadap Sharifah dan masing-masing juga telah move on dengan hidup masing-masing.


Namun baru-baru ini, di ruang komen Instagram Ismail, dilihat Sharifah Rose telah meluahkan rasa rindu terhadap bekas teman lelakinya itu, dan dibalas oleh Ismail.

Namun, kenyataan itu mengundang rasa pelik netizen kerana umum mengetahui bahawa Sharifah Rose yang juga merupakan instafamous, telah mempunyai teman lelaki. Tak kurang juga ada yang mendakwa ia hanya gimik untuk lagu baru Ismail.


Sumber: Ismail Izzani // Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.