
Shakira menjadi bualan hangat selepas kes membabitkan penipuan cukai berjumlah 65 juta. Malah dia kini sibuk menguruskan urusan mahkamah bagi menyelesaikan isu cerai dan hak penjagaan dua anaknya bersama Gerard Pique.
Tidak cukup dengan itu, Shakira juga telah memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diarahkannya. Kejadian ini dibongkar oleh sebuah dokumentari berjudul Equipo de Investigacion.
Bekas pekerja Shakira iaitu pasangan suami isteri Divier dan Maritza yang merupakan tukang masak di rumah penyanyi itu memberitahu mereka dipecat oleh Shakira. Kisahnya bermula apabila Shakira meminta Divier untuk memanaskan ayam tetapi arahannya tidak diendahkan selepas Divier mengaku terlalu penat kerana menyediakan juadah sepanjang hari untuk 17 orang di kediaman Shakira.
Divier dipecat hanya kerana menolak memanaskan ayam pada tengah malam. Pasangan suami isteri juga mendedahkan mereka tidak hanya bekerja menyediakan juadah makanan untuk isi rumah tersebut malah mereka disuruh melakukan kerja-kerja lain seperti membersihkan rumah.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.