
Patut lah sekarang ramai yang cuba kumpul followers dekat Instagram. Rupa-rupanya semakin banyak followers, semakin banyak lah ruang nak buat duit. Mudah betul sekarang nak buat duit ni sebenarnya. Antara rajin dan malas je.
Untuk tahun 2017, selebriti dan penyanyi Selena Gomez merupakan antara ikon Instagram dan memiliki jumlah pengikut yang ramai. Dengan jumlah itu sememangnya Selena Gomez seorang influencer.
Menurut outlet antarabangsa Vanity Fair, berdasarkan Forbes, dianggarkan Selena Gomez menjana $5500,000 untuk setiap post melalui akaun Instagramnya. Perghh! Kalau dapat bayaran macam ni, dah boleh terus focus dekat paid review je lah.
Bukan tu je, kalau buat review dekat Youtube pula, korang boleh dibayar sehingga $300,000 untuk satu video. Ini berdasarkan laporan tahun 2017. Rasanya untuk tahun 2018 lagi meningkatlah jumlah tu.
Sumber: Vanity Fair
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.