Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Syafiq Kyle, Mimi Lana Rahsiakan Perkahwinan Atas Saranan Keluarga

Aimi Amira Nordin
27 Feb 2025, 01:27 PM

syafiq kyle, mimi lana rahsiakan perkahwinan atas saranan keluarga

Foto: Instagram

Pelakon, Syafiq Kyle, mengakui pilihannya untuk mengahwini isterinya, Mimi Lana pada 14 Februari lalu tanpa sebarang pemberitahuan kepada media adalah bagi menghormati keputusan keluarganya.

Memetik laporan Sinar Harian, Syafiq dan Mimi merasakan berkongsi berita baik pada hari pernikahan lebih wajar berbanding menguar-uarkan di media sosial sebelum ‘hari bahagia’ itu tiba.

Susulan daripada itu, bagi memberikan ruang dan privasi, majlis akad nikah dan resepsi di Taiping, Perak hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan sejoli itu sahaja.

"Kenapa memilih untuk 'surprise'? Sebab, jalan yang saya buat untuk sampai ke hari nikah, hanya 'necessary' sahaja. Apa yang saya buat atas kehendak dan persetujuan keluarga.

"Jadi, saya respek Mimi dan dia juga respek saya. Perkara ini juga dibincangkan dengan pengurus.

"Kami ambil pendekatan untuk isytihar pada hari nikah, itu lebih baik," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod akhir Gadis Masa di ibu negara, malam semalam.

Syafiq turut menjelaskan, dia turut mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi di ibu kota, tapi masih dalam perbincangan memandangkan kedua-duanya sedang sibuk.

Untuk info, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila mengesahkan mereka telah selamat melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.

Perkahwinan kedua mempelai ini mendapat perhatian ramai dengan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka sebagai pasangan suami isteri.

 

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us