Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

RM67,000 Lesap Selepas Janji Temu

Aimi Amira Nordin
20 Mar 2025, 10:30 AM

rm67,000 lesap selepas janji temu

Gambar Hiasan

Taktik penipuan kini mempunyai modus operandi terbaru iaitu berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi janji temu, mengajak untuk bertemu lalu menyamun mangsa.

Taktik ini dikatakan digunakan oleh sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bertujuan untuk menarik perhatian mangsa mereka dalam kalangan lelaki yang meminati hubungan sejenis.

Perbuatan lima lelaki berusia antara 18 hingga 22 tahun itu terbongkar setelah mangsa membuat laporan polis setelah mengalami kerugian kira-kira RM67,000.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan memaklumkan menerima laporan daripada seorang pendandan rambut berusia 41 tahun pada 12 Mac lalu.

Pengadu dikatakan berkenalan dengan suspek melalui aplikasi janji temu sebelum bersetuju untuk bertemu di rumah sewa lelaki itu di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

“Pada 7.30 malam Ahad lalu, pengadu ke rumah suspek dan semasa berada di kediaman berkenaan, pengadu ada menggunakan tandas, namun sebaik keluar, pengadu dapati dua lelaki tidak dikenali berada di dalam rumah.

“Lelaki itu bersama suspek didakwa mengikat kedua tangan dan kaki pengadu dengan salah seorang daripada mereka mengambil kayu dan memukul badan pengadu.

“Seorang lagi didakwa mengambil telefon bimbit pengadu lalu memindahkan wang berjumlah RM67,000 ke akaun rakan suspek. Mereka turut mengugut pengadu untuk tidak melaporkan kejadian kepada polis sebelum melepaskan pengadu pulang ke rumahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Serdang berjaya menahan lima lelaki termasuk pemilik akaun bank yang menerima wang mangsa.

Anbalagan berkata rampasan barang yang berkaitan dengan kes dan ujian saringan air kencing turut dibuat, kesemua mereka negatif bahan terlarang.

“Siasatan awal dijalankan turut mendapati tiga kejadian membabitkan mangsa berbeza dan menggunakan modus operandi sama, namun dua kejadian itu tidak dilaporkan.

Suspek akan mencari mangsa di media sosial, membuat janji temu di tempat yang ditentukan suspek, mangsa akan diikat dan wang mangsa dipindahkan ke akaun salah seorang suspek. Mangsa juga diugut untuk tidak melaporkannya kepada polis.

Empat suspek masih direman sehingga Jumaat untuk siasatan lanjut, seorang lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan, Seksyen 36 Akta Senjata Api kerana memiliki senjata tiruan serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyimpan bahan lucah.

Pihak polis meminta kerjasama individu yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan berhubung kejadian di balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nursabrina Ahmad Jafri di talian 03-80742222.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us