Selepas lama tidak muncul dengan lagu baru, kumpulan yang pernah popular dengan lagu Polaroid ini tampil dengan buah tangan baru berjudul Monopoli.

Dianggotai oleh Melly Matius (Mell), Ali, Haniff dan Akai, nyata penampilan semula kumpulan Sakura Band amat dinantikan peminat.

Lagu Monopoli menceritakan mengenai perasaan seseorang individu yang mencurahkan sepenuh hidupnya ke atas perkara atau orang yang disayangi, dan ia sebenarnya lebih menjurus kepada perjalanan Sakura Band selama lapan tahun dalam industri seni tanah air.

"Oleh kerana video muzik ini seolah-olah mengimbas kembali perjalanan kumpulan kami, terdapat beberapa babak yang boleh dianggap penuh emosi buat kami sendiri saat menonton dan merakamnya.
"Kami harap peminat bukan sahaja dapat menerima dan menyukai lagu ini tetapi juga dapat merasai apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu dan cerita dalam video muzik ini," kata Mel dalam satu kenyataan.
Menerusi muzik video yang telah dimuatnaik sejak 27 November lalu, ramai yang amat menantikan lagu baru Sakura Band ini sambil terkenangkan kenangan indah hidup masing-masing.


Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.