
Sumber: BHarian
Selepas Zizan Razak yang banyak merakamkan lagu rap, kini tiba giliran Saharul Ridzwan pula. Dalam single terbaru bertajuk Buku Putih, Saharul bergandingan bersama Ajai. Lagu tersebut juga sudah siap dirakam baru-baru ini.
"Peluang ini datang tanpa diduga. Dalam single ini, saya bukan menyanyi ikut melodi tetapi sekadar menjadi tukang rap.
"Semuanya bermula apabila saya berseloroh dengan isteri Ajai iaitu Kak Liza, kira kira lima bulan lalu. Saya beritahu Kak Liza suruhlah Abang Ajai cipta lagu, saya nak menyanyi rap.
"Tak sangka pula, Kak Liza beritahu suaminya betul-betul. Dipendekkan cerita, suatu hari, saya lepak di studio rakamannya.
"Abang Ajai ajak buat lirik bersama dan dia masukkan melodi. Daripada melodi yang dicipta dengan lirik yang 'masuk' ia diolah hingga terhasillah lagu Buku Putih.
"Saya anggap peluang ini sebagai rezeki terpijak," katanya kepada BH Online.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.