Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Sah Jadi Warganegara US, Ronnie Chieng Lepaskan Kerakyatan Malaysia

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Apr 2025, 02:28 PM

sah jadi warganegara us, ronnie chieng lepaskan kerakyatan malaysiaFoto: Instagram

Pelawak dari Johor, Ronnie Chieng, yang terkenal di Amerika Syarikat (AS), telah melepaskan kerakyatan Malaysia selepas secara rasmi memperoleh kewarganegaraan negara tersebut.

Perkara ini diumumkan ketika aktor legenda, Bill Murray, membuat kejutan dalam rancangan The Daily Show yang dikendalikan oleh Chieng.

Dalam satu klip video yang tular, Chieng, yang berusia 39 tahun, kelihatan sangat teruja apabila melihat Murray memasuki set ketika sesi soal jawab dengan penonton sedang berlangsung.

“Mereka beritahu saya yang anda sangat gembira hari ini kerana mendapat kerakyatan AS,” kata Murray sambil menghulurkan salam.

Selepas memeluk Chieng, Murray, yang berusia 74 tahun, terus ke belakang pentas menunggu untuk dipanggil semula bagi sesi wawancara.

Dalam pada itu, Chieng kemudian mengesahkan apa yang disampaikan oleh Murray dan mengakui bahawa dia telah diberikan kewarganegaraan AS.

“Ini memang pengalaman yang luar biasa apabila anda memperoleh kerakyatan AS pada hari yang sama anda dijadualkan untuk ditemu bual oleh Bill Murray. Hari ini sangat panjang,” katanya.

sah jadi warganegara us, ronnie chieng lepaskan kerakyatan malaysiaFoto: Netflix

Chieng juga menceritakan pengalamannya melalui proses temuduga yang sangat sukar, di mana dia perlu menjawab pelbagai soalan tentang sejarah dan geografi Amerika Syarikat.

Pihak US Citizenship and Immigration Services membenarkan individu untuk memegang dua kerakyatan mengikut syarat tertentu di bawah Immigration and Nationality Act.

Namun, di Malaysia, mereka yang memilih untuk menjadi warganegara negara lain perlu melepaskan kerakyatan Malaysia.

Sekadar info, Chieng mula dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pelawak dan telah mengadakan siri jelajah komedi di beberapa negara seperti Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, India, Kanada, dan London.

Selepas melanjutkan pengajian di Australia, Chieng berpindah ke New York dan mula bekerja sebagai wartawan untuk rancangan The Daily Show With Trevor Noah.

Nama Ronnie Chieng semakin popular selepas tampil dalam program Netflix bertajuk Asian Comedian Destroys America dan terus mencapai kejayaan besar selepas membintangi filem terkenal The Crazy Rich Asians.

Rancangan The Daily Show yang dikendalikannya juga meraih Anugerah Emmy ke-76 sebagai Siri Wawancara Terbaik tahun lalu.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us