
Foto: Instagram
Cristiano Ronaldo sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai ikon sukan sejati apabila dinobatkan sebagai atlet dengan pendapatan tertinggi dunia oleh Forbes bagi tahun 2025. Ini bukan kali pertama bintang Portugal itu mendominasi senarai tersebut, malah ini adalah tahun ketiga berturut-turut dan kali kelima sepanjang karier gemilangnya.
Dengan jumlah pendapatan mencecah AS$275 juta, kejayaan Ronaldo tidak hanya bergantung kepada skil bola sepaknya di padang bersama kelab Al-Nassr di Arab Saudi, tetapi juga daripada pelbagai kontrak penajaan mewah, perniagaan peribadi, dan empayar jenama global yang dibinanya.
Selain itu, yang membezakan Ronaldo dengan atlet lain ialah pengaruh luar biasanya di media sosial. Dengan lebih 939 juta pengikut di pelbagai platform, beliau menjadi ‘mesin komersial’ yang sentiasa relevan. Setiap hantaran, gambar, atau kempen yang melibatkan Ronaldo mampu mencetuskan impak besar, bukan hanya dalam dunia sukan, tetapi juga dalam dunia perniagaan dan pemasaran global.
Senarai atlet dengan pendapatan tertinggi tahun ini juga menyaksikan penyertaan nama-nama besar dari pelbagai sukan:

Foto: Instagram
1. Stephen Curry (Bola Keranjang, Golden State Warriors) – AS$156 juta
2. Tyson Fury (Tinju) – AS$146 juta
3. Dak Prescott (Bola Sepak Amerika, Dallas Cowboys) – AS$137 juta
4. Lionel Messi (Bola Sepak, Inter Miami) – AS$135 juta
5. LeBron James (Bola Keranjang, Los Angeles Lakers) – AS$133.8 juta
6. Juan Soto (Besbol, New York Mets) – AS$114 juta
7. Karim Benzema (Bola Sepak, Al Ittihad) – AS$104 juta
8. Shohei Ohtani (Besbol, Los Angeles Dodgers) – AS$102.5 juta
9. Kevin Durant (Bola Keranjang, Phoenix Suns) – AS$101.4 juta
Senarai ini memperlihatkan bagaimana dunia sukan hari ini bukan hanya mengenai prestasi di padang, gelanggang atau arena tetapi juga tentang kuasa jenama, personaliti, dan pengaruh sosial.
Sumber: Forbes
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.