Ahli kumpulan Astro iaitu Rocky mengesahkan gosip yang beliau sedang hangat bercinta dengan aktres cantik Park Bo Yeon.

Pihak pengurusan Rocky memberitahu, cinta mereka mula berputik setelah mereka digandingkan dalam sebuah drama berjudul Find Me If You Can. Tambah agensi Rocky, “Sejak bergandingan, mereka selalu menghabiskan masa bersama dan hubungan jadi semakin rapat, Park dan Rocky mula menjalinkan hubungan cinta selepas penggambaran tamat.”
Akan tetapi, wakil pengurusan Park membantah kenyataan tersebut dan menegaskan artis mereka tidak bercinta dengan sesiapa buat masa sekarang. Wakil aktres cantik itu turut mengatakan bahawa mereka sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.
Jadi anda rasa adakah meraka mempunyai perasaan antara satu sama lain atau mereka terpaksa menyembunyikan status hubungan mereka demi kerjaya?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.