Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

 "Rockmantic Night Judika & The Gang" Bakal Mengubat Rindu Peminat Judika Di Malaysia.

“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya,”
Afiq
20 Jul 2023, 05:02 PM

Judika-s-photos-4-1.jpg

Judika Nalom Abadi Sihotang atau lebih terkenal dengan panggilan Judika, merupakan figura seni suara yang terkenal di rantau Asia Tenggara  bakal bertandang ke Malaysia pada 21 Oktober 2023, jam 8:00 malam, di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menjayakan konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG’ menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan juga Shila Amzah.

“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya,” kata Judika yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.

image00403-1.jpeg

Dari segi temanya, ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, Judika merupakan seorang yang penyayang yang cintakan keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya yang romantis.

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam konsert itu nanti yang berdurasi kurang lebih 2 jam turut diserikan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Tiket-tiket jualan berharga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP).

Ticket boleh didapati di www.ticket2u.com.my/judika.

Pesan Judika, “Saya ingin semua peminat yang  akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan pemuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert ROCKMANTIC NIGHT JUDIKA & THE GANG ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’. Jumpa anda di sana!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us