
Foto: Public Health Malaysia
Topik mengenai berkahwin dengan sepupu sendiri sering dibahaskan dalam perbincangan keluarga sama ada dalam bentuk gurauan atau nada yang serius.
Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri syariat Islam membenarkan kahwin sepupu tapi tidak pernah menggalakkannya. Berkahwin bersama saudara jauh atau yang tiada kaitan kekeluargaan lebih digalakkan dalam Islam.
Dalam dunia perubatan, perkahwinan dengan sepupu membawa risiko yang tidak boleh dipandang ringan. Apabila dua individu mempunyai pertalian darah, mereka mungkin membawa gen yang sama dan ini meningkatkan risiko zuriat mewarisi penyakit genetik seperti Thalassemia, gangguan metabolik atau kecacatan perkembangan.
Segalanya tidak dapat dilihat dalam masa pantas, sebaliknya sewaktu zuriat lahir nanti.
Tidak salah untuk bernikah dengan sepupu, namun pastikan keputusan dibuat dengan ilmu.
-Beritahu doktor ketika pemeriksaan pra-nikah.
-Lakukan saringan genetik asas Thalassemia.
-Rujuk pakar genetik sekiranya ada sejarah penyakit keluarga.
Buat pilihan yang lebih tenang, agar tidak menyesal di kemudian hari.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.