Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Riena Ajar Keith Berpuasa Ramadan Ini

Aimi Amira Nordin
07 Mar 2025, 01:30 PM

riena ajar keith berpuasa ramadan ini

Foto: Instagram

Pelakon, Riena Diana memberitahu bahawa dirinya kini sedang mengajar kekasih hati, Keith Foo mengenai ibadah puasa di bulan Ramadan.

Memetik artikel Berita Harian, Riena menjelaskan, Keith sudah bersedia untuk menjalani ibadat puasa dan ianya bukanlah sesuatu yang baharu buat Keith kerana abang dan kakaknya sudah memeluk agama Islam terlebih dahulu.

"Keith sudah bertanya mengenai ibadat puasa. Saya akan beri tunjuk ajar, tetapi, tidak suka memaksa lebih-lebih.

"Dia ada meminta saya beri fokus kepada ibadat puasa. Insya-Allah, minggu pertama berpuasa saya akan sibuk. Selepas itu, saya akan luangkan masa di rumah keluarga di Segambut," katanya.

Sementara itu, melihat hubungan cinta pasangan pelakon itu dilihat semakin utuh, warga maya mula mempertanyakan bilakah mereka akan melangsungkan pernikahan ataupun mengikat tali pertunangan.

Riena atau nama sebenar, Nur Qamarina Riena Zulreal, 28 menjelaskan bahawa dirinya berjanji tidak sesekali berahsia jika masa sudah tiba untuk disatukan dengan Keith.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat saya dan Keith. Kalau sudah ada tarikh, saya akan layang jemputan.

 

"Saya tidak akan sorok daripada mereka yang banyak membantu kerjaya kami. Namun, buat masa ini, kami fokus kepada kerjaya dan perlu hormati keluarga.

"Apa sahaja keputusan kami serahkan kepada keluarga," katanya yang ditemui pada majlis sidang media, semalam.

 

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us