
Menjelang sambutan Hari Raya, Suria Records (SRC) kembali merilis lagu raya terbaru bertajuk ‘Raya Twist’, menampilkan gabungan suara daripada artis-artis popular seperti Intan Maya, Mark Adam, Erika Foo, Fairuz Syazwan, Chaca Trisha, dan Xpose.
Walaupun terkenal dengan lagu-lagu raya klasik, Suria Records tidak ketinggalan memberikan sentuhan baharu yang segar, sesuai dengan citarasa zaman sekarang.
Selepas kejayaan lagu "Raya Dirumah Dinda” tahun lalu, ‘Raya Twist’ yang dicipta sepenuhnya oleh Zik dan Nabilah ini membawa suasana gembira dan ceria untuk disambut bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan projek mereka sendiri, artis-artis ini menunjukkan semangat kekeluargaan dan kerjasama yang utuh dalam menjayakan lagu ini.
Menurut Furhan Xpose, walaupun ianya hanyalah sebuah lagu raya, namun semangat kekeluargaan dan kesefahaman dapat dirasai buat pendengar.
“Lagu ini boleh membuatkan anda turut bergoyang bersama kami apabila mendengar.” Lagu ‘Raya Twist’ ini pasti menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin merasai keceriaan Raya dalam bentuk muzik,” ujarnya.
Jangan ketinggalan! Lagu ‘Raya Twist’ kini boleh dimuat turun di iTunes dan strim di Apple Music, Deezer, YouTube Music, dan Spotify. Dengarkan juga di radio tempatan pilihan anda.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.