
Dari awal tahun lepas lagi khabar berita mengenai Raja Ilya bakal membintangi filem Marvel bertebaran di seluruh media. Ada yang mengecam dan ada yang memuji.
Awal tahun ini, selepas menjalani sesi persiapan selama 3 bulan akhirnya terbanglah Raja Ilya ke US. Namun saying seribu kali sayang, Raja Ilya gagal mendapatkan watak adiwira dari Marvel Studio tersebut.
Raja Ilya berkata beliau terpaksa melupakan impiannya untuk memegang watak adiwira tersebut selepas mempertimbangkan beberapa perkara. Dan ada hal-hal yang difikirkannya tidak sesuai dengan budaya kita.
Tetapi, lepas je tawaran tersebut terpaksa dilupakannya beliau telah menerima satu tawaran baru yang lain. Dan beliau juga mengakui telah menandatangani perjanjian rahsia dengan satu produksi di sana. Jadi, buat masa ini tiada info yang boleh diperkatakan olehnya.
Apa-apa pun kami nak ucap good luck buat Raja Ilya. Semoga kerjaya Raja Ilya terus berkembang ke seluruh pelosok dunia.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.