Pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah, pelakon Puteri Sarah membuat pendedahan mengejut apabila mendakwa beliau pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof.
Kata Puteri Sarah, beliau terpaksa mendedahkan perkara itu berikutan kerana Syamsul tidak mahu melepaskannya.

Tambah pelakon berusia 38 tahun itu, beliau tidak membuat laporan polis ketika beliau dipukul kerana masih cintakan Syamsul ketika itu.
“Yang selamatkan saya ketika saya dipukul itu adalah ibu mertua saya. Dia yang keluarkan saya dari rumah pada tiga tahun lalu” kata Puteri Sarah.
Menerusi laman instagram Mstar, Syamsul Yusof tidak memberi apa apa kenyataan dan terus berdiam diri ketika di Mahkamah pagi tadi.
Puteri Sarah telah menfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul Yusof selepas Syamsul mengumumkan beliau telah bernikah bersama Ira Kazar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.