Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Eh, Kenapa Tiba-Tiba Jantung Rasa Laju?” Ini Antara Punca yang Mungkin Tak Terlintas di Fikiran!

IDRUS, Husna Najwa
29 Apr 2025, 03:39 PM

“eh, kenapa tiba-tiba jantung rasa laju?” ini antara punca yang mungkin tak terlintas di fikiran!

Foto: Public Health Malaysia

Rasa jantung berdebar-debar memang buat kita rasa tak selesa. Kita akan cenderung memikirkan perkara serius seperti serangan jantung, tetapi sebenarnya ada banyak faktor lain yang tidak disangka yang boleh menjadi punca.

Jom kita tengok senarai punca yang mungkin anda tak jangka,

 1. Dehidrasi (Kekurangan Air)

Apabila badan kurang air, jantung perlu bekerja lebih keras untuk pam darah. Jadi, jangan lupa minum air secukupnya setiap hari, bukan tunggu dahaga baru nak cari air.

2. Sensitiviti Terhadap Kafein

Ada orang minum kopi sikit pun dah rasa jantung  berdegup lebih laju. Badan kita semua tak sama, kalau rasa macam ni, mungkin badan anda lebih sensitif terhadap kafein.

 3. Anemia (Kurang Zat Besi)

Darah yang kurang oksigen menyebabkan jantung perlu pam lebih laju untuk bekalkan oksigen ke seluruh badan. Sebab tu penting ambil zat besi yang cukup, terutama para wanita.

 4. Gangguan Tiroid (Hipertiroidisme)

Tiroid yang terlalu aktif boleh buat degupan jantung jadi laju. Biasanya disertai dengan simptom lain seperti berpeluh berlebihan, rasa gelisah dan susut berat badan.

 5. Stres / Kebimbangan Tersembunyi

Kadang kita tak sedar yang kita tengah stres. Tapi otak dan badan tahu, maka hormon 'fight or flight' diaktifkan dan jantung mula berdebar.

 6.Ketidakseimbangan Hormon

Perubahan hormon sewaktu PMS atau menopause boleh menganggu rentak jantung dan buat jantung rasa lain macam.

7.Kesan Sampingan Ubat

Ubat selesema, diet, atau asma kadang-kadang ada bahan yang boleh mempercepatkan degupan jantung. Jangan lupa baca label atau tanya doktor.

8. Hypoglycemia (Gula Darah Rendah)

Bila gula darah jatuh, badan akan keluarkan adrenalin, hormon ini boleh menaikkan degupan jantung secara tiba-tiba.

9. Kekurangan Magnesium / Potassium

Mineral ini penting untuk kestabilan elektrik dalam jantung. Kalau tak cukup, ritma jantung akan terganggu.

Jantung berdebar tak semestinya tanda penyakit serius, tetapi jangan pernah ambil mudah. Jika ia berlaku terlalu kerap, atau disertai gejala lain seperti pening kepala, sesak nafas atau pengsan, cepat-cepat jumpa doktor, ya!

Sumber: Public Health Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us