Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Penyanyi Rap Malaysia Ditahan di Laos, Disyaki Seludup 86 Kilogram Ganja ke Jerman

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Jun 2025, 03:01 PM

penyanyi rap malaysia ditahan di laos, disyaki seludup 86 kilogram ganja ke jermanFoto: mStar Online

Seorang penyanyi rap tempatan menjadi perhatian antarabangsa apabila didakwa terbabit dalam cubaan menyeludup dadah jenis ganja ke luar negara.

Beliau merupakan salah seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane.

Menurut laporan, ketiga-tiga suspek ditahan sejak 27 Mei lalu selepas menimbulkan kecurigaan semasa melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang tersebut.

Pemeriksaan lanjut ke atas enam beg bagasi milik mereka telah menemui sejumlah 103 bungkusan ganja yang disembunyikan secara rapi dalam bagasi berkenaan, dengan anggaran berat keseluruhan mencecah kira-kira 86 kilogram.

Difahamkan, kumpulan itu dalam perjalanan menaiki penerbangan Thai Airways dengan destinasi akhir ke Jerman. Dadah terbabit dipercayai untuk dihantar ke negara tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang kegiatan sindiket rentas negara yang melibatkan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah.

Pihak berkuasa kastam dan keselamatan lapangan terbang Laos melaksanakan operasi itu susulan peningkatan cubaan penyeludupan dadah yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Penahanan ini merupakan antara rampasan terbesar yang berjaya dilakukan di fasiliti tersebut dalam tahun ini.

Setakat ini, identiti penyanyi rap terbabit belum didedahkan secara rasmi, namun pihak berkuasa Laos mengesahkan bahawa kesemua suspek kini berada dalam tahanan dan akan menghadapi proses pendakwaan mengikut undang-undang negara itu. Laos dikenali dengan undang-undang dadah yang amat ketat dan boleh membawa hukuman berat, termasuk penjara jangka panjang dan hukuman mati bagi kesalahan serius.

Kes ini telah mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa serta mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen Malaysia yang terkejut dengan pendedahan tersebut. Pihak Kementerian Luar Negeri Malaysia dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kedudukan dan hak konsular warganegara yang terlibat dalam masa terdekat.

Sumber: mStar Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us