Penyanyi lagu ‘Anak Tupai’ dan legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid mendedahkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya yang berusia 21 tahun, iaitu Nurul Farhana Asyikin pada 8 November 2022 yang lalu.
Farhana merupakan isteri keduanya dan merupakan peminat kepada lagu-lagu dikir barat milik Halim. Mula berkenalan melalui laman media sosial sehingga berjaya mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

“Saya dan Farhana berkahwin pada 8 November 2022 dan baru sahaja mempunyai seorang cahaya mata yang kini berusia enam bulan. Perkenalan dengan isteri kedua sangat unik kerana sebelum ini pernah mengasuh anak sepupu saya sebelum kami berkenalan dalam media sosial.”
Walaupun perbezaan usia mereka sebanyak 43 tahun, namun ia tidak menghalang penyanyi itu untuk mendirikan rumah tangga.
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Halim Yazid dan pasangan.
Sumber Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.