Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Penumpang Wanita Cedera Selepas Tingkap Kereta Api KAI Dilempar Batu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
09 Jul 2025, 11:26 AM

penumpang wanita cedera selepas tingkap kereta api kai dilempar batuFoto: Tangkapan skrin Instagram

Seorang penumpang wanita perkhidmatan Kereta Api Indonesia (KAI) mengalami detik cemas apabila cermin tingkap koc yang dinaikinya pecah akibat dibaling batu oleh pihak tidak dikenali. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada malam kelmarin sekitar jam 10.45 malam waktu tempatan, ketika kereta api sedang dalam perjalanan dari Jogjakarta menuju ke Surabaya.

Mangsa, yang dikenali sebagai Widya Anggraini, ketika itu sedang duduk di tempat bernombor 4C dan 4D dalam Koc 2 sambil membaca buku. Insiden mengejutkan itu dirakam dalam satu video yang tular di media sosial, memperlihatkan saat sebutir batu tiba-tiba dilempar dari luar sehingga menyebabkan cermin tingkap pecah dengan kuat. Pecahan kaca tersebut mengenai bahagian muka Widya, mengakibatkan beliau mengalami kesakitan yang nyata dalam video berkenaan.

Lubang besar yang terhasil akibat hentaman batu jelas kelihatan pada bahagian tingkap, dan serpihan kaca turut dipercayai telah memasuki matanya. Mangsa segera dibantu oleh petugas KAI yang memberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

 

Difahamkan, selepas menjalani rawatan awal, Widya telah dirujuk ke sebuah hospital pakar mata di Surabaya pada keesokan harinya berikutan kecederaan melibatkan matanya yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan mengenai tahap kesihatan terkini mangsa. Namun demikian, pihak pengurusan PT Kereta Api Indonesia menerusi satu kenyataan rasmi telah mengemukakan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarganya atas insiden yang berlaku. Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka akan menanggung kos rawatan dan memberi pampasan sewajarnya kepada mangsa.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan penumpang ketika menggunakan perkhidmatan kereta api, terutama melibatkan insiden vandalisme dan tindakan berbahaya daripada pihak luar. Pihak berkuasa dijangka akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pelaku dan memastikan keselamatan penumpang terjamin pada masa hadapan.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us