Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Datuk K, Datuk Ramli Sarip dan Tan Sir Dr Noor Hisham Abdullah Antara Yang Terawal Hadir Beri Penghormatan Terakhir

IDRUS, Husna Najwa
15 Apr 2025, 11:09 AM

datuk k, datuk ramli sarip dan tan sir dr noor hisham abdullah antara yang terawal hadir beri penghormatan terakhir

Foto: Astro Radio

Usahawan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, Datuk Ramli Sarip dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara orang kenamaan yang terawal tiba untuk memberi penghormatan terakhir.

Penghormatan itu dibuka di Dewan Solat Utama, Masjid Negara pada pukul 10 pagi hingga 1 petang, hari ini.

Antara kenamaan lain yang dijangka hadir ialah bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka akan tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Selain itu turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd. Ali Mohd Rustam dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 8.15 pagi, hari ini diiringi kawalan keselamatan pasukan polis dan tentera.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhur dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

 Allahyarham juga diberikan Istiadat Pengebumian negara oleh kerajaan pada urusan pengebumian.

Semalam, Allahyarham Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah pernafasan yang dialaminya.

Sumber: Instagram Astro Radio

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us