Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM dan Warden Dipindahkan Sementara ke JPN Sabah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 Aug 2025, 12:11 PM

kes zara qairina: pengetua, pk hem dan warden dipindahkan sementara ke jpn sabahFoto: Sabah News

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai dijalankan.

Menurut kenyataan rasmi KPM, langkah ini diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses siasatan dilakukan secara menyeluruh, teliti serta tuntas. Seperti yang telah ditegaskan sebelum ini, kes ini merupakan keutamaan pihak kementerian pada masa sekarang,” jelas kenyataan tersebut.

KPM turut menyatakan harapan agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan menyeluruh demi memastikan keadilan buat keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menghantar satu pasukan siasatan khas ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bagi mengambil alih kes tersebut. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada komitmen PDRM untuk memastikan siasatan dijalankan secara profesional, adil dan menyeluruh.

Sumber: Facebook

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us