Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Boleh Tutup Mata Je Siapkan” - Pelajar Universiti Awam Bangga Siapkan Assignment Guna ChatGPT

IDRUS, Husna Najwa
05 May 2025, 03:32 PM

“boleh tutup mata je siapkan” - pelajar universiti awam bangga siapkan assignment guna chatgpt

Foto: X

Di tengah-tengah ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI), satu pengakuan dari pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi tular selepas ia dimuat naik ke laman Unimas Confession di media sosial. Pengakuan tersebut, yang penuh dengan kejujuran dan sedikit nada sinis, menggambarkan realiti baharu dalam dunia pendidikan tinggi di mana pelajar kini lebih celik teknologi berbanding sesetengah pensyarah mereka. 

Pelajar yang dikenali hanya sebagai pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), menyatakan bahawa mereka kini mampu menyiapkan tugasan hanya dalam masa sehari dengan bantuan aplikasi seperti ChatGPT Premium, Deepseek, dan Gemini. Bukan sekadar siap, malah tugasan mereka lengkap dengan rujukan dan citation, seolah-olah dihasilkan dengan penuh teliti padahal hanya memerlukan satu malam. 

Lebih mengagumkan, atau mungkin membimbangkan, pelajar ini mendakwa bahawa markah kerja kursus (carry mark) mereka melebihi 50% dengan mudah, manakala peperiksaan akhir hanya memerlukan sedikit usaha untuk mencapai markah tambahan bagi memperoleh gred A. 

Namun, yang lebih menarik adalah nada simpati yang diberikan kepada pensyarah, terutamanya boomer, yang dikatakan cuba memberikan tugasan banyak pada saat akhir, kononnya untuk menyukarkan pelajar, tetapi ternyata tidak memberi kesan.  

"Kesian kan diorang tak dapat nak game kita," ujar pelajar tersebut secara sinikal. 

Pengakuan ini menimbulkan persoalan penting, adakah pelajar benar-benar belajar, atau sekadar menggunakan teknologi untuk lulus. Ia turut menunjukkan kecekapan dan adaptasi teknologi yang tinggi dan membuka perbincangan mengenai integriti akademik, kebergantungan terhadap AI, dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam menyesuaikan diri dengan zaman moden. 

“boleh tutup mata je siapkan” - pelajar universiti awam bangga siapkan assignment guna chatgpt

Foto: X

Apa yang dikongsi pelajar FSSK ini bukan hanya luahan hati, tetapi cerminan perubahan landskap pendidikan masa kini. 

Luahan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, namun yang paling ditekankan ialah adab pelajar tersebut yang dilihat memandang rendah terhadap pendidiknya. 

Dalam apa jua zaman sama ada zaman buku tebal atau zaman AI secanggih ChatGPT, adab pelajar tetap asas paling penting dalam menuntut ilmu. Pelajar bukan sekadar individu yang hadir ke kelas dan lulus peperiksaan, tetapi seorang penuntut yang membawa akhlak, adab dan rasa hormat sepanjang proses menimba ilmu. 

Sumber: X

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us