
Foto Hiasan
Melancong ke luar negara merupakan impian setiap orang. Rata-rata yang melancong mempunyai pelbagai tujuan masing-masing. Ada yang ingin melihat dan mempelajari budaya negara tersebut, ada yang sekadar ingin mencuci mata, malah ada juga yang sanggup ke sesuatu tempat untuk merasai sendiri makanan tradisional tempat yang dilawati.
Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana menurut visaindex.com, passport negara kita merupakan antara passport yang diidamkan oleh rakyat negara lain. Ini kerana ia membenarkan kita melakukan perjalanan tanpa visa menembusi 181 buah negara. Ini juga meletakkan passport negara kita di tangga ke-12 dalam dunia setaraf negara-negara maju yang lain.
Bukan itu sahaja, pernahkah anda perhatikan logo kamera kecil berwarna emas di muka hadapan passport Malaysia yang baharu?

Foto Hiasan
Ia merupakan simbol kepada passport biometrik, ataupun e-passport. Lebih menarik lagi, negara kita merupakan negara yang pertama dalam dunia yang memohon untuk kriteria ini pada Mac 1998, iaitu selepas Iris Corporation membangunkan teknologi tersebut.
Pada penghujung 2008, 60 buah negara lain pula memohon, dan permohonan terus meningkat kepada 150 buah negara.
Biometric passport ini mempunyai cip microprocessor elektronik tertanam, yang mengandungi informasi biometrik yang boleh digunakan untuk menyemak identiti asal pemegang passport. Terdapat juga teknologi kad pintar tanpa sentuh merangkumi cip komputer dan antenna tertanam di muka hadapan, belakang dan di tengah passport.
Sumber: Facebook ASEAN Culture & History
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.