Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

"Pitch Ke Mana, Beat Ke Mana" – Persembahan ‘Spontan’ Sherry, Nabila Huda & Nadia Aqilah Curi Tumpuan di Resepsi Eyka & Akhyar

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 May 2025, 11:26 AM

pitch ke mana, beat ke mana – persembahan ‘spontan’ sherry, nabila huda & nadia aqilah curi tumpuan di resepsi eyka & akhyarFoto: Tangkapan skrin layar TikTok

Kalau anda ingat majlis resepsi selebriti hanya penuh dengan air mata bahagia dan nyanyian merdu bak profesional, majlis perkahwinan Eyka Farhana dan Akhyar Rashid membuktikan sebaliknya terutama bila tiga ‘powerhouse’ lawak naik ke pentas.

Nadia Aqilah, Nabila Huda dan Sherry Al-Hadad bukan sahaja datang bergaya, tapi sempat ‘menghidupkan’ majlis dengan nyanyian lagu ‘Sinaran’ oleh Sheila Majid. Kalau didengar tanpa tengok video, mungkin anda ingat lagu tu kena remixed oleh DJ TikTok.

Dalam video yang tular di TikTok @ehmalaysia, kelihatan ketiga-tiga mereka menyanyi secara bersahaja, sampai ada part lirik ‘baru’, pitching ‘ke mana-mana’ dan beat yang dah tak ikut rental asal.

Tapi itulah dia, magis persembahan santai yang membuatkan tetamu terhibur dengan gelagat mereka bertiga.

 

@ehmalaysia Persembahan istimewa Nadia Aqilah, Nabila Huda dan Sherry Al-Hadad di majlis resepsi Eyka Farhana & Akhyar Rashid #ehmalaysia #EykaAkhyarnya ♬ original sound - ehmalaysia

 

Sherry dengan gaya confident ‘diva terlepas audition’, Nabila dengan vibe ‘rock tapi lembut’, dan Nadia maintain classy. Mereka membuktikan bahawa hiburan sebenar bukan pada suara semata-mata, tapi niat mahu menggembirakan pengantin dan tetamu.

Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pujian dan gelak tawa.

“Ini bukan ‘Sinaran’, ini ‘Sengaran’ tapi best gila!”
“Kalau inilah geng bridesmaid aku, confirm kahwin hari-hari!”
“Pitching rosak tak apa, janji chemistry on point!”

Walaupun bukan persembahan ‘serius’, inilah momen yang buat majlis lebih berwarna.

Persembahan bersahaja mereka jadi bukti bahawa persahabatan dan hiburan dari hati lebih bermakna dari sebuah nota sempurna.

Sekadar info, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis yang meriah, dihadiri oleh keluarga, rakan-rakan, dan kenalan rapat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us