
Pelakon, Nonny Nadirah Zainuddin, 34, atau lebih dikenali sebagai Nonny Nadirah, kembali memancing tumpuan netizen apabila memuat naik video sedang mencukur rambut sendiri ala ‘crew cut’ setelah lama menyepi.
Menerusi rakaman video yang beliau kongsi, Nonny yang memakai cermin mata hitam itu bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur sehingga botak.
Sebelum melakukan itu, Nonny ada menaburkan bedak debu bagi mengelakkan sisa rambut melekat pada badan.
Tanpa ada apa-apa penerangan tentang tindakannya itu, pelakon yang terkenal dengan drama Melankolia itu hanya menulis kapsyen ‘Twinnies’ pada hantaran di laman sosialnya.
Tindakan Nonny membotakkan kepalanya itu masih menjadi tanda tanya sama ada ingin memenuhi tuntutan watak bagi projek terbaru atau sebaliknya.
Nonny juga terlihat menutup ruangan komen pada hantaran tersebut sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai berhubung tindakannya itu.
Terdahulu, Nonny pernah mendakwa bahawa wajahnya berubah senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.