
Foto: Kosmo
Pelakon sensasi, Nonny Nadirah tampil membuat pendedahan di Instagram miliknya mengenai gangguan sihir yang didakwanya semakin teruk.
Dalam hantaran yang sama, Nonny Nadirah Zainuddin atau mesra dipanggil Nonny meluahkan kebimbangannya serta meminta bantuan daripada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut berhubung kejadian yang menimpanya.

Foto: IG @nonnynadirah
“Assalamualaikum Balai Polis Bukit Aman. Saya Nonny Nadhirah binti Zainuddin diganggu teruk oleh sihir golongan tiga.
“Dimanakah saya boleh membuat laporan? Terus menerus diancam secara halus, Dapat bantu saya tak?
“Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi ta’ala saya tak gila. Allah cerita semua tentang perbuatan mereka.
“Kalau satu negara buat diam tentang perbuatan penyihir ini, satu hari nanti negara ada masalah, jangan terkejut kalau Allah langsung tak tolong,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, Nonny turut memaklumkan dia hanya boleh bersuara mengenai hal tersebut menerusi media sosial.
Dia turut dilihat meluahkan kegusaran dan kebimbangannya apabila keluarganya turut mendapat ancaman.

Foto: IG @nonnynadirah
“Saya sorang Tuan. Asal dari Sabah, sekarang ada di Kuala Lumpur. Semua disekat secara halus, kesakitan secara halus.
“Tuan boleh ikuti kisah Chester penyanyi Linkin Park atau Sulli artis dari korea. Semua mati bunuh diri sebab sihir ni Tuan.
“Saya hanya boleh bersuara dalam media sosial. Saya tak tahan Tuan, sakit sangat sihir ni. Jumpa perawat bagitau saya tak ada sakit apa, Allah bagitau memang ada.
“Semua saya refer dalam Al-Quran Tuan. Agak lama saya sakit disebabkan sihir ini, akan tetapi yang paling sakit dalam 4 tahun ni.
“Bapa saya dibunuh. Kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam ahli keluarga saya yang lain lagi. Harap Tuan boleh bantu saya walaupun dari jauh.
“Saya hanya ada Allah Tuan. Saya hanya ada Allah Tuan. Saya hanya ada Allah Tuan. La hawla wala quwatta illa billa hil aliy yil azim,” coretnya lagi.
Walau bagaimanapun, setakat ini, masih tiada maklum balas daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan Nonny ini. Diharapkan beliau diberikan perlindungan sewajarnya dan segera menemui penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya.
Sumber: IG @nonnynadhirah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.