Pelakon dan usahawan terkenal negara, Noor Neelofa Mohd Noor, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif AirAsia Bhd.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak AirAsia, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.
"Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.
"Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas - menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia.
"Reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami.
"Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Neelofa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hebatlah Neelofa!
Sumber: Petikan Media // BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.