berita hiburan era Giliran Nazim Othman Bawa Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan ke Maldives Seronoknya tengok selebriti Malaysia ke Maldives kan ? Editor 11 Sep 2017, 09:01 AM Share Tweet Sumber: Instagram @nazimothman @belladallySelepas Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ke Maldives membawa anak mereka Yusuf Iskandar bercuti, kini giliran pasangan Nazim Othman dan Bella Dally pula. Nazim dan Bella ke Maldives menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Pejam celik dah setahun usia perkahwinan mereka ya. Semestinya bukan mereka sahaja yang excited berada di sana tetapi juga peminat apabila melihat video dan gambar-gambar yang cantik ! Spending our first wedding anniversary at this beautiful resort in the dreamy Maldives... @angsanavelavaruofficialA post shared by nazimothman (@nazimothman) on Sep 9, 2017 at 7:07pm PDTSempena ulang tahun perkahwinan mereka berdua juga, Nazim melancarkan video klip single pertamanya Kerana Cinta. Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan @belladally yang pertama, terimalah music video lagu #keranacinta yang dah dimuatnaik ke laman youtube. Terima kasih kepada isteri saya, @raksasarec , @haelhusaini , @khairulhezman , @cstproduction , @azamulashraff , @ashraffzainal , @warnermusicmy dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam pembikinan klip video ini yang dirakam di Bali, Indonesia dan Cappadocia, Turki. Saya hargai sokongan anda semua. Untuk senangkan pencarian awak, klik saja link kat my bio. Selamat menonton 🙏🏻A post shared by nazimothman (@nazimothman) on Sep 10, 2017 at 7:43am PDT*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm Share Tweet Filled Under : *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.