Foto: Astro Awani
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pada pagi Selasa.
Memetik laporan Astro Awani, Najib tiba sekitar jam 10.35 pagi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna kelabu.
Pada mulanya, kenderaan tersebut berhenti di lobi utama masjid, namun lima minit kemudian bergerak ke pintu belakang.
Difahamkan, kehadiran beliau adalah selepas menyelesaikan prosiding perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah dibawa ke Dewan Solat Utama Masjid Negara pada jam 8.30 pagi untuk penghormatan terakhir yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Untuk makluman, solat jenazah dijadualkan selepas solat Zuhur sebelum disemadikan di Makam Pahlawan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam Isnin akibat masalah pernafasan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.