Jika sebelum ini program Gegar Vaganza yang di hostkan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa menghiburkan ramai penonton, Gegar Vaganza musim ke-9 ini juga berjaya menghiburkan ramai penonton di Auditorim MBSA semalam.
Gegar Vaganza musim ke-9 kali ini di hostkan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Gelagat 2 personaliti ini berjaya menghiburkan ramai penonton di Auditorim dan juga di rumah.
Menerusi laman instagram @officialhlive pada malam semalam, Nabil dan Elly Mazlein juga melakukan persembahan pembukaan bersama penyanyi Rahimah Rahim. Persembahan tersebut mendapat komen yang positif dari peminat dan ada juga yang mengatakan bahawa Nabil sudah bertemu dengan gandingan sama perangai dengannya.
Nantikan persembahan pembukaan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menyanyikan lagu Kini Kau Tiada oleh Che Puan Sarimah Ibrahim di Gegar Vaganza minggu hadapan.
Kredit Gambar Astro Gempak & Gegar Vaganza
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.