Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Muzik Video Artis Malaysia Pertama Guna Drone, Hasilnya Memang Gempak!

Yang penting adalah mesej dalam muzik video ni, memang superb lah!
Editor
10 Aug 2020, 09:30 AM

Menggunakan professional racing drone semasa pembikinan video muzik merupakan antara keistimewaan yang ditonjolkan dalam video muzik Kelabu. Sudah pasti pertaruhan tersebut bukan sahaja menghasilkan sebuah garapan video muzik yang ‘cantik’ dari segi visual tetapi apa yang penting adalah untuk menyampaikan intipati lagu

Kelabu yang cukup besar maknanya kepada YonnyBoii dan Azlan Typewriter.

muzik video artis malaysia pertama guna drone, hasilnya memang gempak!

Bagi Yonny, dia gembira dan berpuas hati apabila mesej yang mahu disampaikan di dalam lagu ini akhirnya diterjemah dengan baik oleh pihak produksi. Isu dibuli, tekanan perasaan dan gejolak jiwa digarap bagi meneruskan momentum lagu ini.

“Buli bukan sesuatu yang indah. Ia bukan sahaja mendatangkan kecederaan mental tetapi boleh membawa bunuh diri. Mereka yang melakukan perbuatan tersebut mungkin tidak pernah sedar kesan dan trauma yang dihadapi oleh mangsa.

“Mesej saya mudah, percayalah pembalasan tetap ada. Pada akhirnya si pembuli akan mendapat karma dan mereka akan membuli mental sendiri apabila timbul penyesalan pada kemudian hari,” kata Yonny.

Sejak lirik video dilancarkan menerusi saluran YouTube Indigital Music pada 26 Jun lalu, pelbagai mesej meneyentuh hati dititipkan oleh peminat yang pernah merasai pengalaman dibuli serta mempunyai masalah tekanan perasaan.

Sudah tentu kisah yang disampaikan itu mendapat perhatian daripada Yonny dan Azlan yang turut sama bersimpati dengan mereka yang berhadapan dengan isu tersebut.

muzik video artis malaysia pertama guna drone, hasilnya memang gempak!

muzik video artis malaysia pertama guna drone, hasilnya memang gempak!

Kelabu bukan sahaja sekadar gabungan penyanyi dua generasi tetapi turut menyampaikan mesej yang jelas tentang isu masyarakat. Menariknya kempen anti buli turut dilancarkan melibatkan 30 artis dan personaliti media sosial tanah air.

Membawa mesej untuk menghentikan perbuatan buli yang sudah menjadi barah dalam masyarakat sejak dahulu, rata-rata memberikan maklum balas positif di samping mendapat mesej yang jelas daripada Kelabu.

“Saya berterima kasih kepada barisan artis dan personaliti media sosial yang memberikan sokongan penuh kepada kempen ini. Ini merupakan sesuatu yang positif dan saya mahu momentum ini diteruskan lagi pada masa hadapan.

“Dengan adanya video muzik ini, kami harap mesej lagu ini akan lebih jelas. Ayuh keluar dari masalah dan berhentilah melakukan perkara terkutuk yang boleh memberikan kesan kepada mental dan fizikal,” kata Azlan pula.

Terdahulu pembikinan video muzik Kelabu dijalankan pada 13 Julai lalu di sebuah bangunan komersial di Damansara, Selangor. Untuk rekod, lagu ini merupakan kerjasama antara Indigital Music dan Universal Music Malaysia dan video muzik Kelabu boleh disaksikan melalui YouTube Indigital Music.

Memang gempak!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us