Kumpulan Drama Band secara rasmi telah melancarkan muzik video berjudul Drama pada hari Jumaat lalu.
Walaubagaimana pun, ada yang mendakwa kumpulan terbabit dengan sengaja menimbulkan provokasi apabila melakonkan kembali beberapa insidien panas yang pernah tular sebelum ini.
Menerusi Instastory Haneesya Hanee, yang juga bekas peserta pertandingan Dewi Remaja, beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kumpulan terbabit.

Jelasnya, walaupun video berkenaan tidak menyebut akan dirinya, namun ia jelas ditujukan kepadanya.

Manakala penyanyi Haqiem Rusli juga menyatakan bahawa buli siber adalah tidak bagus, termasuk sindiran dalam muzik.
Dalam muzik video berkenaan juga ada menampilkan watak seorang artis berkaca mata hitam yang sedang membuat carian di internet tentang cara memalsukan kemurungan.


Sehingga kini, muzik video berkenaan telah mendapat tontonan sehingga 40 ribu dan trending #50 di Youtube.

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.