Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

MPK Dinaik Taraf Menjadi Majlis Bandaraya Diraja Klang

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan mengisytiharkan Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Nurazizi
05 Feb 2024, 04:43 PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan mengisytiharkan Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Titah baginda , Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang. Pemasyhuran itu menjadika pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut satu-satunya yang mempunyai status Diraja di negara ini.

Susulan itu, Datin Paduka Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Acara bersejarah itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Julai tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada bandar raya sekaligus menjadi pihak berkuasa tempatan ke-20 memperoleh status berkenaan.

Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM34.6 juta untuk menambah baik kemudahan awam di Klang antaranya pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us