
Blackpink bakal mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023 ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ramai yang tidak sabar menonton persembahan mereka termasuk selebriti tempatan antaranya ialah Mira Filzah.
Tiket harga konsert ini dijual pada tanda harga RM388-RM1888. Mira Filzah melalui hantarannya di Twitter berkata dia berjaya mendapatkan sekeping tiket ke konsert Blackpink untuk seat CAT1 berharga RM1888. Menerusi twitternya juga, Mira Filzah juga sedang mencari tiket konsert Blackpink untuk seat CAT1 jika ada sesiapa yang menjualnya.
Sejak 2 hari lepas, ramai netizen yang mempersoalkan harga tiket konsert Blackpink di Kuala Lumpur yang dikatakan terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan negara lain.
Sumber: Twitter Mira Filzah