
Foto: Instagram
Penyanyi Mimi Fly yang mencetuskan kontroversi apabila membuat penampilan berkemban dalam muzik video lagu raya terbarunya, Serumpun telah melakukan tindakan kawalan kerosakan dengan menurunkan muzik video tersebut daripada saluran YouTube miliknya sejak Isnin lalu.
Dia juga telah memuat naik muzik video lagu tersebut dengan visual versi baharu yang lebih sopan. Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 38, turut melakukan suntingan semula dan memadam babak tidak bersesuaian setelah mengambil kira semua kritikan dan kecaman yang diterimanya.
“Apabila buat rakaman MV mestilah ada pelbagai versi. Jadi saya sunting semula dan masukkan babak bersesuaian manakala babak yang dikritik itu saya padam.
“Saya terima baik pandangan semua orang dan kali ini saya tampil dengan versi mesra keluarga,” katanya ketika dihubungi sebuah portal hiburan.
Mimi turut menjelaskan bahawa dia bertindak menurunkan video terdahulu yang dilancarkan pada 15 Mac lalu.

Foto: Instagram
Video tersebut hanya ditetapkan kepada mod peribadi di YouTube dan bukan dihapus, tambahnya lagi. Versi baharu telah dilancarkan dan Mimi akui dia harus akur menurunkan video terdahulu tersebut kerana ramai yang tidak senang dengan imej keterlaluan yang ditampilkan.
“Sebenarnya sayang nak turunkan MV Serumpun apatah lagi ramai terlibat dalam pembikinannya dan masing-masing teruja dengan hasilnya.
“Ramai terlibat dalam MV ini termasuk penata gaya dan pereka fesyen. Saya hormat dan hargai kerjasama mereka semua,” jelasnya.
Mimi turut menjadikan perkara ini sebagai suatu pengajaran dan peringatan untuk dirinya agar tidak melakukan kesilapan sama pada masa akan datang.
“Lagu ini juga saya anggap sebagai comeback dalam industri seni dan sebab itu saya buat bersungguh-sungguh.
Mimi turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan peminat apabila kemunculan semulanya dalam industri seni mendapat perhatian.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.