Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Mimi Lana Terbuka Kongsi Kemesraan Dengan Suami, Syafiq Kyle - “Tak Perlu Nak Sorok”


ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 May 2025, 11:46 AM

mimi lana terbuka kongsi kemesraan dengan suami, syafiq kyle -  “tak perlu nak sorok”


Foto: Instagram

Pelakon jelita, Mimi Lana, berkongsi bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempamerkan kemesraan bersama suami tercinta, Syafiq Kyle, di media sosial.

Memetik artikel Gempak, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29 tahun, mereka berdua selesa berkongsi detik-detik indah tersebut secara terbuka, namun tetap menjaga batasan agar tidak melebihi had.

“Saya rasa tak perlu simpan perkara yang boleh dikongsi. Saya kongsikan di Instagram kerana kami ingin orang tahu bahawa kami sudah berkahwin.

“Jadi, tak ada sebab untuk sembunyi atau sorok-sorok,” jelasnya dalam satu temubual bersama media baru-baru ini.

Mimi juga menegaskan bahawa walaupun mereka suka berkongsi momen bersama, ada perkara yang memang lebih sesuai untuk disimpan secara peribadi demi menjaga keharmonian rumah tangga.

“Ada benda yang kita simpan sendiri, tapi kalau yang baik dan tidak mengganggu privasi, saya suka kongsikan dengan peminat,” tambahnya.

Pelakon drama popular First Wives itu juga meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan padu daripada suaminya dalam soal kerjaya. Menurutnya, Syafiq sangat memahami dan memberi ruang kepadanya untuk terus aktif dalam dunia lakonan.

“Kami saling memahami waktu kerja masing-masing. Syafiq sangat menyokong saya dan begitu juga saya. Sekarang ni, tiada halangan besar untuk saya fokus pada kerjaya sebab kami belum ada komitmen anak lagi. Fasa ini memang lebih ‘free and easy’ untuk kami berdua,” jelas Mimi dengan senyuman.

Mimi turut berkongsi sedikit tentang fasa awal perkahwinan mereka, di mana dia masih berusaha menyesuaikan diri dengan peranan sebagai isteri walaupun jadualnya padat. Dia juga gemar memasak walaupun tidak setiap hari.

“Memang kadang-kadang saya memasak untuk Syafiq sebab saya suka memasak dan dia pula memang suka makan. Ada hari kami makan di luar juga sebab kesibukan kerja. Saya cuba yang terbaik untuk uruskan semuanya,” katanya sambil ketawa.

Sebagai tambahan yang mencuit hati, Mimi memaklumkan sejak berkahwin, ramai yang menegur Syafiq kelihatan sedikit ‘puffy’ atau lebih berisi berbanding sebelum ini, mungkin akibat layanan rumah tangga yang penuh kasih sayang.

Sebelum ini, Mimi Lana telah sah bergelar isteri kepada Syafiq Kyle pada 14 Februari lalu dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup di Taiping, Perak.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us