Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Buli Bukan Budaya dan Bukan Normal…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Aug 2025, 11:59 AM

“buli bukan budaya dan bukan normal…”Foto: Instagram

Pelakon terkenal, Mimi Lana, meluahkan rasa kecewa dan kemarahan terhadap insiden buli melibatkan Allahyarham Zara Qairina yang disifatkannya sebagai bukti jelas bahawa gejala tersebut semakin membimbangkan dan tidak lagi dapat dibendung.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, beliau kerap melihat video insiden buli yang tular di media sosial, malah dalam tempoh sehari sahaja, lebih 10 video berbeza melibatkan pelajar sekolah telah muncul di laman For You Page (FYP) TikTok miliknya.

“Kes adik Zara hari ini membuktikan masalah buli dan sosial di negara kita sudah tidak dapat dibendung lagi. Di FYP saya hari ini bukan satu, tapi lebih 10 video dirakam sendiri oleh pembuli dari berlainan sekolah. Berani ya kamu semua? Hancur hati saya, apatah lagi hati ibu bapa yang mengharapkan masa depan anak mereka,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Pelakon filem The Experts itu turut menggesa kerajaan untuk tidak memandang ringan isu berkenaan dan mengambil tindakan segera agar kejadian tragis seperti ini tidak berulang.

“Kerajaan mesti ambil maklum dan jangan sekali-kali ambil mudah apa yang berlaku. Semalam, ribuan rakyat Sabah turun ke padang demi solidariti. Kita tak mahu lihat perkara ini berulang. Sama ada perangai buli bermula di rumah atau di sekolah, kita semua bertanggungjawab untuk bersatu dan menghapuskan gejala ini. Ini tentang masa depan generasi kita. Buli bukan budaya dan bukan normal,” tegasnya.

Dalam hantaran yang sama, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut menyertakan tanda pagar seperti #JusticeForZara, #StopBullying, #SaveOurChildren dan #JusticeForAllVictims sebagai tanda solidariti terhadap semua mangsa buli.

Mimi Lana antara selebriti yang lantang bersuara berhubung isu ini, sambil menzahirkan rasa kesal terhadap kelemahan sistem perundangan yang gagal melindungi Allahyarham Zara Qairina walaupun mangsa pernah beberapa kali memberi amaran serta mendedahkan nama individu yang membulinya.

Ketika ini, tanda pagar #JusticeForZara menjadi trending di pelbagai platform media sosial sebagai simbol sokongan kepada mangsa serta gesaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas bagi membanteras gejala buli yang semakin membarah dalam kalangan pelajar sekolah.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us